TiDak Ade ManuSia Yng SempUrNa Di PerSinggahan Ini..

~~YA ALLAH jika aku jatuh cinta,cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padamu,agar bertambah kekuatanku untuk menyintaimu~~

25 Mei 2010

Anda belum matang sekiranya..

salam..dariku..^_^

sedikit sebyk apa yangku baca tertarik dengan topik ini..

Anda belum matang sekiranya...:

(1) MENGHABISKAN nilai kad telefon pra-bayar untuk berbual dengan "kekasih" sedangkan wang membelinya daripada kiriman ibu bapa anda..

(2) RELA menunggu berjam-jam,dalam hujan pula untuk melihat gadis yang anda "cintai" melintas jalan sedangkan anda solat secara ekpress (kurang 2 minit untuk 4 rakaat) atau tidak solat langsung!!!

(3) MEMARAHI bahkan snggup menampar adik anda yang tersilap cakap sebaliknya mampu tersenyum sekalipun dimaki hamun atau dihina oleh wanita yang anda minati.

(4) SANGGUP membaca novel cinta yang beratus-ratus muka surat dalam tempoh satu hari,padahal tidak pernah membaca AL-QURAN walaupun satu muka surat setahun!

(5) ASYIK terkenang wajah kekasih yang baru seminit berpisah dengannya tetapi tidak terkenang wajah ibu yang telah berbulan-bulan tidak anda temui.

(6) SUSAH hati jika tidak menerima surat, e-mail atau SMS daripada orang yang anda cintai sebaliknya anda tahu bahawa anda sendiri sudah lama tidak mengirimkan berita,menelifon atau memberi SMS kepada bapa anda di kampung.

(7) Memakai pakaian yang sehabis cantik untuk berdating dengan kekasih sebaliknya hanya memakai senglet atau tidak berbaju langsung ketika solat.

(8) LEBIH byk mengucapkan kalimah ' I LOVE U ' berbanding kalimah zikir seperti :Subahanallah,Alhamdulillah dan Allah hu Akhbar!


Petikan dari : Buku Tentang Cinta-Pahrol mohd juoi

2 comments:

L i 3 z @ berkata...

i guess i am oredi matang =)

Faz... ^_^ berkata...

hihihih..bukan yang no.5 tu xlepas ker kak..?huhuhu

Catat Ulasan